Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengorbanan seorang ayah

    Ulasan Buku oleh Raz AS

    DEMI menyelamatkan anak perempuannya, dia akan pergi ke mana sahaja, dan bila sahaja. Kin Stewart adalah seorang lelaki biasa yang mempunyai keluarga, bekerja dalam bidang IT, cuba untuk memastikan perkahwinannya berkekalan dan bergelut untuk bergaul dengan anak perempuan remajanya, Miranda.

    Namun kehidupannya pada masa kini adalah umpama langit dengan bumi jika dibandingkan dengan kerjaya terdahulu sebagai seorang ejen rahsia yang merentas masa dari tahun 2142.

    Terkandas di pinggir bandar San Francisco sejak tahun 1990an setelah misi yang gagal, Kin berjaya menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pengetahuan orang-orang sekelilingnya, meskipun menghidapi kondisi di mana dia sering pengsan dan hilang ingatan yang menjejaskan otak perentas masanya.

    Sehinggalah pada satu petang, sebuah kumpulan yang datang untuk mendapatkannya tiba, 18 tahun lewat. Misi mereka adalah untuk membawa Kin kembali ke tahun 2142 di mana dia hanya hilang selama beberapa minggu, bukan bertahun lamanya, dan sebuah keluarga lain yang sedang menanti kepulangannya. Keluarga yang sama sekali hilang daripada ingatannya.

    Berbelah bahagi di antara dua kehidupan, Kin terdesak untuk mencari jalan agar dia dapat sentiasa terhubung dengan keduanya. Namun dengan usahanya yang bakal membawa risiko kepada agensi dan sejarah, kewujudan anak perempuannya turut tergugat.

    Kin harus merentas masa buat kali terakhir demi menyelamatkan Miranda, meski dia harus melanggar semua peraturan merentas masa dalam proses tersebut.

    Sebuah novel sains fiksyen yang penuh emosi, novel Here and Now and Then karya penulisan Mike Chen mengenai kasih seorang ayah yang merentas sempadan dan waktu ini setentunya akan menghiburkan pembaca.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda