PUTRAJAYA, 2 APRIL – Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP.