Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengundian calon Penghulu Mukim Kilanas bermula

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Penduduk Mukim Kilanas telah memulakan proses pengundian bagi memilih calon penghulu baharu dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Penghulu Mukim Kilanas yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, Kampung Bengkurong, hari ini.

    Hadir pada majlis pembukaan bagi menyaksikan proses pemilihan yang dijalankan ialah Penghulu Mukim Lumapas, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.

    Calon tunggal yang bertanding ialah Awang Ahmad Husaini bin Haji Moksin, 38, yang kini merupakan Ketua Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut.

    Beliau juga memiliki kelulusan Sarjana Sastera dalam bidang Pengiklanan dan Pemasaran dari Coventry University, United Kingdom, yang diperolehi pada tahun 2016 dan merupakan penduduk Kampung Tasek Meradun, Mukim Kilanas.

    Penduduk Mukim Kilanas yang berusia 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan untuk mengundi bagi pemilian calon Penghulu Mukim Kilanas sehingga 22 September dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.

    ATAS & BAWAH : Para penduduk yang hadir pada majlis pengundian di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, Kampung Bengkurong. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda