Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengundian Penghulu Mukim Gadong A bermula

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Penduduk kampung di Mukim Gadong A, mula mengundi untuk memilih calon penghulu baharu dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Gadong A yang berlangsung di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Bagi majlis pengundian, dua calon dibawa untuk diundi iaitu Haji Awang Adnan bin A. Haji Bagol, 67, dan Haji Muhammad Nur Ihsan bin Haji Mat Jali, 39.

    Calon pertama, Haji Awang Adnan pada masa ini menjawat jawatan Ketua Kampung Kawasan 3, STKRJ Tungku, Mukim Gadong A, dan sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Pengajar Teknikal Kanan di Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan.

    Manakala calon kedua, Haji Muhammad Nur Ihsan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Kehakiman) pada tahun 2012, dan Diploma Undang-undang dan Perundangan Islam pada tahun 2014 di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Pada masa ini, beliau bertugas sebagai Guru Mengaji Al-Quran di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dan UNISSA.

    Penduduk kampung-kampung di Mukim Gadong A yang berumur 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan untuk mengundi bagi pemilihan calon Penghulu Mukim Gadong A sama ada secara aplikasi mudah alih e-Undi PMKK pada 9 hingga 11Ogos, atau melalui kertas undi yang juga dibuka pada 9 dan 11 Ogos ini.

    Antara penduduk kampung yang hadir untuk mengundi calon Penghulu Mukim Gadong A. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Salah seorang penduduk kampung ketika memasukkan kertas undian ke dalam kotak undian di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda