Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengunduran Shuib beri kesan kepada rakan

    Pengunduran Shuib sebagai penyampai radio Suria FM kelmarin memberi kesan buat rakan setugas yang sama-sama mengendalikan segmen Morning Morning Suria.

    Suraya Borhan, 40, berkata keserasian antara mereka termasuk seorang lagi penyampai iaitu Ajak mudah dibentuk sejak mula bersiaran pada Ogos tahun lalu.

    “Peluang bekerja dengan orang hebat bukan semua orang dapat tetapi saya merasai perkara itu. Shuib sangat membantu dalam pasukan kami.

    “Kami tidak pernah ada latihan bersama, senang bentuk keserasian sebab masing-masing tahu tugas mereka,” katanya.

    Memetik kenyataan mStar, Syura berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video ketika membuat ucapan perpisahan buat Shuib dan dilihat tidak dapat menahan air mata.

    Dalam pada itu, Suraya mendedahkan Shuib seorang yang tidak lokek berkongsi rezeki selain komited terhadap tugasnya di Suria FM.

    Malah kata Suraya, sepanjang setahun berkhidmat, Shuib tidak pernah lambat sampai ke konti dan sering belanja mereka bersarapan.

    “Dia tak pernah lambat datang konti.

    “Terima kasih Shuib sebab selalu berkongsi rezeki dengan kami. Dia bayar sarapan kami setiap hari,” ujarnya. – Agensi

    Keserasian Shuib, Suraya dan Ajak mula wujud sejak awal mereka bekerjasama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda