ROM, 28 DIS – Itali hari ini berkata ia mewajibkan ujian saringan COVID ke atas pengunjung dari China susulan lonjakan kes di negara itu, dengan wilayah utara Lombardy sudah melaksanakan saringan.
Lombardy, wilayah pertama menge-nakan perintah berkurung apabila koronavirus melanda Eropah pada awal 2020, pengunjung yang tiba dari China di lapangan terbang Malpensa, Milan sekurang-kurangnya sehingga 30 Januari, menurut kenyataan kementerian luar.
Ujian yang dikumpulkan di Malpensa sejak beberapa hari kebelakangan akan dianalisis oleh kementerian kesihatan, untuk membantu mengenal pasti sebarang varian baharu.
Menteri Kesihatan, Orazio Schillaci ‘sedang menilai kemungkinan untuk mewajibkan ujian ke atas semua penumpang yang datang dari China,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.
“Pemantauan dan pencegahan, menerusi penjujukan, sangat penting untuk segera mengenal pasti sebarang varian baharu yang boleh mencetuskan kebimbangan dan ketika ini tidak menular di Itali,” katanya.
Jangkitan koronavirus meningkat di China selepas ia melonggarkan sekatan yang telah menjejaskan ekonomi dan mencetuskan bantahan di seluruh negara. – AFP


