Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengurangan risiko kerja pembersihan tapak nuklear

    COLUMBUS – Kru pekerja telah giat melakukan rancangan pembersihan bekas kilang uranium peninggalan era Perang Dingin di Ohio pada musim panas ini dengan bantuan robot berteknologi tinggi yang berpotensi meningkatkan faktor keselamatan sekaligus mengelakkan pekerjanya daripada sebarang risiko ancaman radiasi berbahaya.

    Para pegawai menjelaskan bahawa langkah yang dilaksanakan ini adalah lebih selamat, tepat dan cepat di mana paip dapat dibaikpulih dan mengelakkan sebarang aspek pencemaran di Loji Gas Portsmouth, Piketon.

    Mereka turut menjelaskan bahawa kadar bayaran cukai bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut dan berdekatan dengan Paducah, Kentucky yang mencecah nilai jutaan dolar itu ternyata dapat dikurangkan melalui langkah yang baru diperkenalkan ini.

    Robot RadPiper itu telah dibangunkan di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh untuk Jabatan Tenaga, AS yang turut menampilkan kemajuan teknologi yang sama di beberapa kompleks nuklear lain seperti River Site Savannah di Aiken, South Carolina dan Hanford Site di Richland, Washington.

    Pereka robot, William Red Whittaker yang memulakan tugasnya untuk merealisasikan projek pembersihan kemalangan nuklear di Three Mile Island telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Pusat Robotik Carnegie Mellon, menjelaskan bahawa teknologi RadPiper sedikit sebanyak dapat membantu untuk membersihkan bekas tapak nuklear di Ohio itu.

    David Kohandash, salah seorang juruteknik robotik di Universiti Carnegie-Mellon menunjukkan bagaimana robot RadPiper beroperasi dalam membantu menangani ancaman radiasi di tapak nuklear. – AP
    Heather Jones menjelaskan bahawa kemajuan robot secara tidak langsung mempermudahkan kerja-kerja pembersihan pada paip. – AP

    “Banyak projek kemajuan telah dilaksanakan dan seiring dengan faktor semasa, robot juga telah banyak dicipta mengikut peranannya yang tersendiri dan ia juga terkecuali dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan,” jelas Whittaker.

    Pengarah Pembangunan Teknologi Jabatan Pengurusan Alam Sekitar Jabatan Tenaga, Rodrigo Rimando Jr. menjelaskan bahawa bagi setiap jam operasi yang dilaksanakan oleh RadPiper secara tidak langsung telah berjaya menjimatkan masa selama lapan jam sebagaimana mengikut kaedah yang dilakukan secara konvensional.

    Kaedah konvensional tersebut dilihat agak rumit dan memakan masa yang lama di mana mereka harus memulakan pekerjaan dengan membersihkan akses kepada paip.

    Selepas itu, pekerja akan memakai pakaian keselamatan dan melakukan kerja-kerja kimpalan, mengambil bacaan, mencatatnya dan mengulangnya kembali bagi paip yang seterusnya.

    “Para pekerja biasanya melakukan perkara tersebut sebanyak 1.4 juta kali dalam menyempurnakan proses pembinaan sesebuah bangunan dalam tempoh tiga tahun,” jelas Pengarah Inisiatif Strategik bagi Fluor-BWXT Portsmouth, Marty Reibold.

    Reibold turut menambah bahawa kini mereka turut memberikan tumpuan pada projek pembangunan lebih besar yang boleh disamakan dengan 58 buah padang bola sepak.

    Dengan penggunaan kaedah bantuan robot ini secara tidak langsung dapat menyempurnakan sesebuah pekerjaan yang biasanya memakan masa selama beberapa minggu namun kini dapat disiapkan dalam tempoh sehari.

    “Kini penganalisis boleh menelitinya, menekan butang, menandatangani laporan sekali gus mengisytiharkan bahawa sesuatu paip itu telah selesai diperiksa dan ia setentunya merupakan satu pencapaian besar bagi kami,” jelas Reibold.

    Para pekerja giat memastikan operasi robot Radpipers berjalan dengan lancar. – AP

    Setakat ini, dua alat pengesan robot berbentuk cakera, bujur dan bersaiz panjang dari RadPiper itu hanya berupaya untuk melakukan kerja-kerja pemeriksaan pada paip berbentuk lurus. Maka, pekerja tetap harus melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan secara manual pada bahagian lekukan dan injap.

    Sebanyak dua robot dari RadPipers telah dibekalkan untuk melakukan kerja-kerja pemeriksaan pada bahagian paip yang berukuran di antara 0.8 dan 1.1 meter dalam ukuran diameter itu.

    Pencipta juga berharap untuk menghasilkan pelbagai versi yang dipertingkatkan lagi khusus dalam menangani masalah pada paip yang bersaiz lebih kecil.

    Persatuan tempatan yang melakukan kerja-kerja pembersihan itu menyedari bahawa dengan kehadiran robot tersebut secara tidak langsung turut mengurangkan jumlah pekerja yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek.

    Namun seperkara yang turut disedari oleh Presiden Persatuan tempatan itu, Herman Potter, adalah apabila kehadiran robot tersebut turut memberikan manfaat lain seperti mengurangkan risiko pekerja, mengajarkan kemahiran baru dan dengan mempercepatkan lagi pembersihan tapak tersebut setentunya ia juga dengan mudah turut menarik lebih banyak industri baru dan peluang pekerjaan yang lain.

    Pengarah Institut Tenaga dan Alam Sekitar Vanderbilt, George Hornberger berkata bahawa cabaran dalam membersihkan kemudahan perindustrian yang memproses bahan radioaktif adalah dengan menangani risiko keselamatan dan kesihatan yang secara langsung melindungi pekerja dan menjimatkan kos.

    Idea penggunaan robot ini mula dicadangkan dalam satu persidangan pada Mac 2017 dan pelbagai versi terus melalui proses ujian sehingga projek yang menelan kos perbelanjaan mencecah sehingga AS$1.4 juta dibiayai oleh pihak kerajaan dan berjaya diluluskan.

    Rimando turut menjelaskan bahawa semakin banyak syarikat dan negara lain yang turut melahirkan minat terhadap peranan dan fungsi kemajuan teknologoi tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/