Monday, September 2, 2024
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengurniaan bintang kebesaran kepada 11 penerima

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-78 Tahun di Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.

    Istiadat yang berlangsung penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana berkenaan bermula dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, diikuti dengan pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 11 orang penerima.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (PSNB) yang membawa gelaran Dato Seri Setia kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada salah seorang penerima bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-78 di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-78 Tahun di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS 7 BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran negara kepada para penerima. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Turut berangkat, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang turut hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’Ishah Putri, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min, YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah, YAM Pengiran Muda Omar Ali dan YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara penerima bintang kebesaran negara yang hadir, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (SPMB) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka kepada Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib; dan Timbalan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohd Azmi bin Haji Mohd Hanifah.

    Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (DSSUB) yang membawa gelaran Dato Seri Setia kepada Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Sementara itu, seorang penerima dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (SNB), iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Autoriti Makanan Brunei Darussalam, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman.

    Ia diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) kepada enam penerima, iaitu Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Pemangku Pengarah Khidmat Bakti Negara, Mejar (B) Haji Mohammad bin Dollah; Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Awang Musa bin Haji Sulaiman; Pegawai Kerja, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Haji Mohammad Din bin Haji Ahmad; Timbalan Pengarah Urusan, Brunei Darussalam Central Bank, Hajah Noorafidah binti Sulaiman; dan Pegawai Jururawat Tingkat Khas, Kementerian Kesihatan, Hajah Rostina binti Haji Kepli.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat dan hadir pada istiadat berkenaan ialah tetamu-tetamu peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, pengiran-pengiran peranakan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, timbalan-timbalan menteri, manteri-manteri pedalaman, para perwakilan negara sahabat, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan kerajaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda