Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pengurus Gunners kekal sehingga 2025

    LONDON, 6 MEI – Mikel Arteta ingin membawa Arsenal ke ‘peringkat seterusnya’ selepas menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun yang akan mengekalkan dia bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga 2025.

    Pengendali berusia 40 tahun itu, yang mengambil alih tugasan pada 2019 selepas pemecatan Unai Emery, semakin hampir memacu Arsenal kembali bermain di Liga Juara-Juara.

    The Gunners berada di tangga keempat di EPL, dua mata di hadapan seteru rapat di London, Tottenham dengan hanya berbaki empat perlawanan.

    “Kami mahu membawa kelab ini ke peringkat seterusnya dan bersaing dengan pasukan teratas. Untuk melakukan perkara itu, kami mesti bermain di Liga Juara-Juara,” Arteta berkata dalam kenyataan kelab.

    “Kami perlu mampu berubah, memperbaiki pemain, memperbaiki semua bahagian, lebih berhubung dengan peminat kami, memperbaiki suasana di Stadium Emirats, mampu mendapatkan pemain hebat, pemain berbakat dan yang terbaik untuk pasukan demi memacu projek ini ke peringkat itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...