Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pengurus Portugal angkat kaki

    LISBON, 16 DIS – Fernando Santos berhenti menjadi jurulatih Portugal kelmarin susulan kekalahan mengejut kepada Maghribi dalam aksi suku akhir Piala Dunia, dan bakal digantikan oleh Jose Mourinho.

    Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) berkata dalam satu kenyataan bahawa satu persetujuan telah dicapai bersama Santos yang berusia 68 tahun untuk ‘mengakhiri perjalanan penuh kejayaan yang bermula pada September 2014’.

    FPF menambah ia ‘akan melancarkan proses pencarian jurulatih kebangsaan seterusnya’.

    Akhbar sukan harian, Record menyatakan bahawa Mourinho ialah pilihan nombor satu persekutuan itu untuk mengambil alih sebelum kelayakan Euro 2024.

    Mereka juga dilaporkan akan melayan perjanjian di mana Mourinho akan mengambil alih pasukan kebangsaan secara sementara (interim) untuk membolehkannya mengendalikan kelab Roma di Itali.

    Reaksi Santos ketika aksi suku akhir Piala Dunia antara Maghribi dan Portugal, baru-baru ini. – AP

    Ditanya mengenai jawatan pasukan kebangsaan oleh wartawan kelmarin semasa dia tiba di selatan Portugal untuk berlatih bersama Roma, Mourinho enggan memberikan sebarang maklum balas.

    Pusingan kelayakan Euro 2024 akan dijalankan pada bulan Mac depan.

    Rui Jorge (bawah-21), Abel Ferreira (Palmeiras), Paulo Fonseca (Lille), Rui Vitoria (Mesir) dan Jorge Jesus (Fenerbahce) juga merupakan antara calon berpotensi yang dipetik oleh media tempatan.

    Mourinho, 59, belum pernah mengendalikan pasukan di peringkat antarabangsa, namun mempunyai rekod yang mengagumkan bersama kelab-kelab juara Eropah.

    Dia pernah mengendalikan Porto, Chelsea (dua kali), Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United.

    Mourinho menang tiga gelaran Liga Perdana dengan Chelsea, dua takhta Serie A bersama Inter dan La Liga bersama Real.

    Dia membawa Porto menang dalam Liga Juara-Juara pada 2004 dan mengulanginya bersama Inter Milan pada 2010. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Black Panther terima penghargaan Bintang Hollywood Walk of Fame

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Berita Berkaitan

    Pogba sedia buat penampilan untuk Monaco

    PARIS, 21 NOV – Paul Pogba dijangka akan kembali...

    Stadium baharu Inter Miami dirasmi 4 April depan

    NEW YORK, 21 NOV – Inter Miami yang diwakili...

    Gabriel dijangka diketepikan akibat cedera

    LONDON, 21 NOV – Arsenal dijangka akan bermain tanpa...

    UEFA luluskan Camp Nou untuk perlawanan Liga Juara-Juara

    BARCELONA, 20 NOV – UEFA telah memberi kebenaran kepada...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...