Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengurus seleweng wang, Floor 88 tiada tawaran persembahan

    Susulan dakwaan bekas pengurus menyeleweng wang, kumpulan penyanyi dari Malaysia, Floor 88 mengakui perkara tersebut memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka memandangkan hubungan mereka sangat akrab.

    Selain isu tersebut, vokalisnya, Ayie Elham turut memaklumkan periuk nasi mereka terkesan kerana semakin kurang menerima tawaran nyanyian di mana-mana acara.

    “Secara peribadinya, mental saya terganggu sebab saya dengan dia pun rapat. Bila dia berkelakuan macam ini kita rasa sedih.

    “Bukan itu sahaja, kami semua ada komitmen dan tambahan pula antara kami ada yang sudah berkeluarga termasuk saya. Jadi, sebagai rakan kami sangat terkilan.

    “Kami juga sudah lama tiada tawaran persembahan yang kini boleh dikira pakai satu tangan sahaja sejak isu itu berlaku. Jadi macam mana kami nak bagi anak dan isteri makan,” katanya kepada Kosmo Digital Online di Rumah Terbuka Ritma Riang Raya 2025 Rusa MVM Music, baru-baru ini.

    Susulan dakwaan bekas pengurus menyeleweng wang, kumpulan Floor 88 mengakui perkara tersebut memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka. – UtusanTV

    Dalam masa sama, Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 27, turut berharap individu terbabit tampil bertanggungjawab atas penipuan yang dilakukan.

    “Saya mengharapkan dia datang berjumpa dengan kami berenam ataupun pihak syarikat rakaman sekali dan selesaikan masalah tersebut. Pihak Rusa Music juga pesan untuk berhenti kongsi gambar dia atas nasihat peguam.

    Sementara itu, pemain keyboardnya iaitu Eric Fuzi memaklumkan kumpulan mereka hampir disaman penganjur acara kerana mereka tidak hadir ke acara dijanjikan.

    Hal ini kerana, bekas pengurusnya itu berpura-pura menguruskan kerjaya Floor 88 dengan mengambil wang cagaran dan menghilangkan diri.

    “Sekarang ini dia masih lagi menggunakan nama kami untuk terima tawaran persembahan.

    Itu yang kami rasa kami perlu buat kenyataan sebab kami tidak tahu dia berurusan dengan siapa. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda