Pengurus stesen minyak dipenjara 4 tahun, 8 bulan

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seorang pengurus stesen minyak dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan lapan bulan selepas mengaku bersalah terhadap 15 dakwaan memindahkan wang berjumlah $163,800.11 dan mengirimkan wang berkenaan ke luar negara.

Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Hajah Roziah binti Haji Talip, 51, baru-baru ini.

Menurut fakta kes Timbalan Pendakwa Raya Amiriah binti Haji Ali, defendan telah memindahkan wang berjumlah $163,800.11 daripada sebuah stesen minyak di Beribi antara 9 Januari dan 4 September 2015 dan mengirimkan jumlah berkenaan dalam masa berasingan antara 3 April dan 5 Jun 2015.