Sebahagian peminat Oasis tidak sepenuhnya setuju apabila kumpulan itu mendedikasikan lagu kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola dalam sebuah konsertnya baru-baru ini.
Sedikit ejekan kedengaran apabila Liam Gallagher mendedikasikan lagu D’You Know What I Mean? kepada, “satu-satunya pengurus terhebat sepanjang zaman, Pep Guardiola” yang turut hadir ke konsert berkenaan.
Ia berlaku baru-baru ini di Heaton Park semasa konsert pertama kumpulan itu di Manchester dalam tempoh 16 tahun sebahagian daripada jelajah reunion kumpulan berkenaan.
Noel Gallagher kemudian bertanya: “Siapa yang kamu ejek?”
Adik-beradik Galagher yang dibesarkan di Manchester merupakan peminat setia pasukan Mancheseter City dan telah menghadiri banyak perlawanan selama bertahun-tahun ketika Guardiola telah membimbing kelab itu meraih enam kejuaraan Liga Perdana dan pelbagai trofi lain.
Guardiola, yang turut menerima tepukan hormat juga nampaknya tidak kisah dengan ejekan tersebut yang mungkin datang daripada peminat Manchester United yang turut berada dalam konsert.
Dia kemudian menyertai baki 70,000 lebih peminat menyanyikan “Don’t Look Back in Anger.” – AP
