BIRMINGHAM, 27 JAN – Pengurus Aston Villa, Unai Emery, bersedia untuk menguruskan perpindahan bagi pemain pertahanan Villarreal, Juan Foyth, ketika dia mencari bek tengah baharu.
Emery mahu memperkukuh pilihan pertahanannya sebelum jendela perpindahan Januari ini ditutup selepas Diego Carlos berpindah ke Fenerbahce di samping kecederaan yang dialami oleh Pau Torres.
Villa mengalami satu lagi masalah kecederaan semasa seri 1-1 menentang West Ham, kelmarin, apabila Tyrone Mings tercedera akibat masalah lutut hanya selepas penampilan ke-10 susulan tidak bermain selama 445 hari disebabakan kecederaan ligamen.
Villa dikaitkan dengan bekas pemain pertahanan Tottenham, Foyth, yang bermain di bawah kendalian Emery semasa di Villarreal, dan pengurus Sepanyol itu tidak menolak kemungkinan untuk membawanya kelab.
“Monchi (pengarah sukan Villa) dan kelab melihat pemain dan profil berbeza,” kata Emery.
“Sudah tentu saya mengenali Juan Foyth kerana saya bekerja dengannya.” – AFP