Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengurus Wolves bantu penduduk miskin

    LONDON, 29 JAN – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo menderma sebanyak £250,000 (AS$343,000 juta) untuk membantu mengatasi masalah kemiskinan di tengah bandar England.

    Pengurus berusia 47 tahun itu menyalurkan sumbangannya kepada Projek Yayasan Wolves.

    Ia bertujuan untuk mengurangkan impak kemiskinan berhampiran Wolverhampton yang sangat terkesan susulan pandemik COVID-19.

    Projek itu yang pada awalnya dijangka berlangsung selama tiga tahun telah memperoleh sebanyak £250,000 lagi daripada Dana Komuniti PFA Liga Perdana Inggeris (EPL).

    “Penyokong Wolves dan masyarakat Wolverhampton sangat baik dengan saya sejak pertama kali tiba hampir empat tahun lalu.

    “Saya mahu memberikan sumbangan semula dan membantu mereka yang bergelut ketika pandemik ini,” kata pengurus dari Portugal itu.

    “Apabila anda tinggal di bandar, anda akan melihat dan mendengar betapa orang ramai sangat terkesan.

    “Ia juga adalah bandar di mana setiap orang membantu antara satu sama lain dan ini adalah projek penting untuk Yayasan Wolves,” ujar Nuno. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda