Oleh Daniel Lim
BELAIT, 14 MEI – Seramai 33 pelajar dari HnTec dalam Perniagaan (Pengurusan Perniagaan) Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) menimba pengalaman praktikal tentang pengurusan acara apabila terlibat dalam acara Jualan Pop-Up di Arena Sukan dan Dewan Serba guna kampus.
Dalam acara selama tiga hari bermula kelmarin dengan tema Tradisi Melayu Kitani tersebut menyaksikan 23 gerai didirikan, melibatkan perniagaan kecil tempatan dan usahawan pelajar bagi mengetengahkan budaya dan kraf tradisional Brunei.
Para pengunjung boleh menikmati pelbagai barangan buatan tangan yang unik, makanan tradisional dan minuman menyegarkan yang menonjol kekayaan warisan budaya Brunei.
Acara itu juga diadakan sebagai sebahagian daripada penilaian praktikal pelajar sebagai sebahagian daripada Modul Pengurusan Acara mereka, di mana pelajar jawatankuasa penganjur dinilai berdasarkan kebolehan mereka dalam pengurusan acara.
Di samping itu, inisiatif itu juga memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman secara langsung dalam aspek perancangan logistik, penyelarasan vendor dan penglibatan awam, selain menyokong keusahawanan tempatan dan penglibatan komuniti.
Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan.