Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengurusan kes rayuan cukai tertunggak Najib, Nazifuddin pada 17 Jan

    PUTRAJAYA, 21 NOV – Pengurusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin terhadap penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes cukai tertunggak ditetapkan pada 17 Jan tahun depan.

    Peguam Wee Yeong Kang, antara peguam yang mewakili Najib dan Nazifuddin memberitahu Bernama, pengurusan kes selanjutnya itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron hari ini.

    “Pengurusan kes seterusnya pada 17 Jan tahun depan adalah untuk mengemas kini status alasan rayuan dan menetapkan tarikh pendengaran,” kata peguam itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...