Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengusaha India labur AS$119 juta dalam syarikat filem Bollywood

    MUMBAI, 22 OKT – Pengusaha farmaseutikal India, Adar Poonawalla, telah melabur AS$119 juta dalam salah sebuah syarikat produksi terbesar Bollywood, satu rangsangan kepada industri perfileman yang telah mengalami penurunan jumlah penonton.

    Perjanjian itu memberikan Serene Production milik Poonawalla pegangan saham 50 peratus dalam Dharma Productions, penerbit dan pengedar beberapa filem blockbuster terbesar di India.

    Penerbit filem terkenal dan pengacara rancangan temu bual, Karan Johar, yang mana bapanya merupakan pengasas bagi syarikat penerbitan itu pada 1970an, akan mengekalkan saham selebihnya dan berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif.

    “Saya gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan salah sebuah syarikat penerbitan filem paling ikonik di negara ini,” kata Poonawalla dalam kenyataan akhbar kelmarin.

    “Kami berharap untuk membina dan mengembangkan Dharma serta meningkat lebih maju pada tahun-tahun akan datang.”

    Dharma telah menghasilkan beberapa filem Bollywood yang paling popular sejak penubuhannya termasuk Kuch Kuch Hota Hai, sebuah filem komedi roman popular yang menampilkan Shah Rukh Khan sekitar tahun 1990an.

    “Dharma Productions telah menjadi sinonim dengan kisah-kisah menyentuh hati yang merangkumi pelbagai budaya menarik India,” kata Johar. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda