Friday, January 10, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peniaga kedai mainan miliki 148 laras senjata tiruan

    CHUKAI, 9 JAN  – Seorang peniaga kedai mainan, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas dakwaan memiliki 148 laras senjata tiruan.

    Tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki sembilan laras senjata tiruan di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal dan 139 laras lagi di kediamannya di Kerteh.

    Lelaki itu yang didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki dan mengimport senjata tiruan didapati melakukan kesalahan itu masing-masing pada jam 2:30 petang dan jam 3:45 petang, 5 Januari lepas.

    Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun, peguam Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan itu direndahkan berikutan situasi kewangan anak guamnya.

    Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Januari ini sebagai tarikh hukuman. – Bernama

    Peniaga kedai mainan miliki 148 senjata tiruan. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda