BACHOK – Ingin berkongsi rezeki selain memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba keenakan nasi ayam membuatkan seorang peniaga di Kampung Bukit Marak di sini, menawarkan hidangan itu dengan harga paling murah iaitu RM1.90 sahaja. Wan Roslina Roslan, 43, berkata harga rendah itu ditawarkan kerana prihatin dengan nasib penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta

