Thursday, March 27, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peniaga roti canai dipenjara ceroboh Istana Negara

    KUALA LUMPUR, 7 SEPT – Seorang peniaga roti canai dipenjara sebulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memasuki kawasan Istana Negara tanpa kebenaran.

    Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Amrin Amiruddin, 39, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 3 September lepas.

    Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda.

    Lelaki itu didakwa memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran ke dalam Istana Negara yang merupakan harta milik Yang di-Pertuan Agong di Pintu 1, Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Bukit Damansara di sini, pada 7:45 malam, 3 September lalu.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda