NEW DELHI, 2 Mac – Para peniaga telah membatalkan penjualan minuman jenama Coke dan Pepsi di kedai-kedai mereka di selatan India dalam kemarahan kepada PETA terhadap sukan penjinakan lembu setempat.
Pertubuhan Peniaga-peniaga Tamil Nadu berkata pembuat minuman ringan itu menghabiskan terlalu banyak air negara itu namun mereka menyasarkan jenama ikonik Amerika itu kerana kumpulan hak binatang AS menekankan bagi larangan terhadap tradisi terkenal setempat iaitu Jallikattu.
Rabu lepas, dalam kes berasingan, mahkamah Tamid Nadu menarik balik sekatan terhadap bekalan air kepada kilang-kilang Coke dan Pepsi di negeri yang sering dilanda kemarau itu.

Pertubuhan perdagangan berkata larangannya itu disokong oleh lebih daripada 1.5 juta pemilik kedai setempat dan penjual-penjual minuman.
Mahkamah Agung India telah mengharamkan sukan itu sebagai sesuatu yang kejam, namun ia dikembalikan semula pada Januari di bawah undang-undang khas. – AP