Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peniaga wanita didenda miliki 65 beg tiruan jenama Gucci

    KUALA LUMPUR, 8 JAN – Seorang peniaga didenda RM32,500 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 65 unit beg tiruan berjenama Gucci, tahun lepas.

    Hakim Norina Zainol Abidin yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Jenny Chen, 31, selaku Orang Kena Saman (OKS) turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

    Chen didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lorong Haji Taib 3, Off Jalan Raja Laut di sini pada 1:10 tengah hari, 27 Februari lepas, mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan dihukum mengikut Seksyen 102(1)(ii) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun bagi setiap barangan atau kedua-duanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda