Friday, May 16, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peniagaan rempeyek terus jana pendapatan ketika pandemik

    SEREMBAN – Bermula berniaga secara kecil-kecilan, pasangan suami isteri Amir Ismail, 51, dan Raja Fadilah Raja Deraman, 48, tidak menyangka perniagaan rempeyek yang diusahakan sejak empat tahun lalu, kini mendapat sambutan menggalakkan sehingga mereka tidak ‘menang tangan’.

    Hanya bermodalkan RM600, produk keluaran syarikat Rempeyek Kak Cun Enterprise itu kini berada di pasaran sekitar Lembah Klang, Seremban dan Muar serta mempunyai beberapa agen yang membantu pasangan itu meraih pendapatan bersih kira-kira RM5,000 sebulan bagi meneruskan kelangsungan hidup menyara dua anaknya berusia 21 dan 25 tahun.

    Meskipun negara masih terjejas dengan penularan COVID-19 dan Aidilfitri kali ini mungkin tidak dibenarkan rentas negeri, namun Rempeyek Kak Cun dengan slogan ‘Wow Merecik’ itu tetap ada permintaan dan kian diminati ramai.

    “Walaupun sedikit terjejas akibat COVID-19, kami tetap meneruskan perniagaan dan tidak menyangka rezeki menjelang raya ini semakin banyak, Alhamdulillah. Pada awal perniagaan, saya hanya ada seorang pekerja, tetapi kini sudah ada tujuh orang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Menjelas lanjut, Fadilah, berkata setiap kali musim perayaan, perniagaan yang diusahakan bersama-sama suami, 51, yang juga pesara pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mencecah tiga kali ganda berikutan permintaan tinggi dan beliau terpaksa menutup tempahan seawal minggu pertama Ramadan.

    Raja Fadilah Raja Deraman (kiri) bersama suaminya Amir Ismail, menunjukkan rempeyek yang dihasilkan ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini. – Bernama

    Fadilah, berkata produk rempeyek hasil resipi yang dipelajari daripada seorang rakan di Pulau Pinang itu mempunyai lima jenis iaitu kacang tanah dan ikan bilis, kacang dal, ikan bilis, kuaci serta kacang hijau dan dijual sebalang antara RM20 sehingga RM25 bagi setiap 450 gram.

    Berkongsi tentang rutin hariannya, Fadilah berkata selepas menunaikan solat Subuh, beliau akan memulakan membuat bancuhan rempeyek dan aktiviti mengoreng akan bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang dengan dibantu pekerjanya.

    Katanya setiap hari, mereka mampu menyiapkan 17 kilogram adunan rempeyek yang menghasilkan sembilan balang bagi setiap sekilo adunan dengan rempeyek kacang tanah paling digemari dan sudah mendapat lebih 2,000 balang tempahan bagi sambutan Aidilfitri kali ini.

    Fadilah, berkata beliau bersyukur perniagaan mereka bukan sahaja menambah pendapatan keluarganya malah dapat berkongsi rezeki dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda untuk menjadi agen.

    Untuk perancangan mengembangkan perniagaan, Fadilah berkata beliau sedang berusaha mengumpul modal sekurang-kurangnya RM300,000 bagi membina kilang rempeyek yang dilengkapi peralatan moden serta beberapa perkara lain termasuk mengajikan pekerja yang lebih ramai.

    “Memang kami ada perancangan ke arah itu, cuma kami masih baharu dan perlu belajar banyak lagi mengenai selok-belok perniagaan seperti persiapan mental dan fizikal. Buat masa ini, kami perlu meneruskan perniagaan ini secara kecil-kecilan kerana ia adalah pendapatan tetap kami,” katanya yang sentiasa menitikberatkan kualiti produk keluaran syarikatnya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/