JIKA anda seorang isteri yang sedang memikir-mikirkan apakah yang hendak dihadiahkan kepada suami menjelang hari ulang tahun kelahirannya, di sini dikongsikan beberapa idea yang mungkin akan dapat membantu anda membuat keputusan rasional dalam memilih hadiah teristimewa bagi si dia.
Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak terlalu kisah jika diberikan hadiah setiap dua atau tiga tahun sekali dengan syarat hadiah itu adalah yang boleh bertahan lama, mudah diurus dan senang dibawa kemana-mana, juga boleh digunakan hampir setiap hari dan bukan hanya tersimpan di dalam kotak ataupun almari.
Pemilihan hadiah juga berbalik pada minat dan karakter si dia, ada suami jenis minat sukan, minat muzik, minat merakam gambar atau video, minat mengumpul barang yang jarang didapati (rare), minat berpakaian kasual, aktiviti lasak ataupun yang jenis sibuk bekerja.
Di bawah adalah 10 senarai barang yang boleh anda hadiahkan kepada suami anda:
Dompet kulit atau besi tahan karat
Dompet kulit adalah aksesori penting bagi seorang lelaki, kebiasaannya dompet dari jenis kulit adalah menjadi pilihan manakala dompet dari jenis besi tahan karat (stainless steel) akan membuatkan suami anda kelihatan bergaya dengan gaya terkini.

Pemilihan dompet juga amat penting, cari dompet yang hampir keseluruhannya dibuat dengan menggunakan kulit sahaja, elakkan dompet kulit yang menggunakan gam sebaliknya dompet yang menggunkana jahitan mesin adalah lebih baik.
Pastikan slot kad yang ada di dalam dompet itu muat untuk diletakkan kad pengenalan dan jika suami seorang usahawan yang sibuk, pemilihan slot yang sedikit lebar juga boleh dipertimbangkan jika suami anda jenis yang menyimpan bisnes kad di dalam dompetnya.
Basikal sukan ringan, mudah lipat, elekrik
Boleh memilih dari jenis basikal yang ada dua tempat duduk bagi beriadah bersama anak atau memilih basikal sukan yang ringan berserta alatan keselamatan seperti topi keledar dan lampu keselamatan. Jika suami anda bukan dari dua kategori di atas, hadiahkan sahaja basikal elektrik yang mudah lipat untuk suami pergi ke tempat kerja!
Kaca mata hitam
Beli kaca mata jenis ‘aviators’! Jika tidak begitu pasti fesyen kaca mata yang mana sesuai dengan bentuk muka si dia, bawa sahaja suami bersama, beli terus di kedai kaca mata. Biar si dia pilih, isteri siapkan sahaja wang itu.
Ekasikal elektrik
Ini adalah suatu trend terkini. Belum lagi ramai yang mencuba teknologi ini. Ianya sangat bergaya dan ada yang tersedia bersama-sama alat pembesar suara. Kelajuannya boleh mencecah dari 20 kilometer hingga 25 kilometer per jam.
Pesawat dron atau Quadracopter
Hadiahkan ini jika mahu suami anda boleh bermain permainan di dalam dan di luar rumah. Setelah suami anda hebat beberapa ketika, anda juga dapat membantu si dia untuk menjadi sebagai juruterbang dron yang gajinya juga cukup lumayan.
Clutch atau Pouch Bag
Si dia maskulin? Hadiahkan ‘Clucth Bag’ dan jika si dia sempoi, hadiahkan ‘Pouch Bag’ yang kalis air.
Kasut sniker
Kasut sniker sesuai dengan lelaki yang aktif dan bukan dari jenis bertali leher. Ringan dan memiliki pengudaraan yang baik adalah pilihan yang tepat bagi kaki si dia yang mudah berpeluh.
Jam tangan
Untuk lelaki aktif, kaji selidik jam tangan yang tahan lasak, kalis gegar dan sekurang-kurangnya kalis air jika berenang di kolam awam. Manakala jika lelaki yang masanya banyak dihabiskan berpakaian kasual dan bertali leher serta berkasut kulit, cari sahaja jam yang agak ‘blink-blink’.
Boleh hadiahkan si dia dengan satu jam tambahan jika suami adalah dari jenis yang agak cerewet dengan penampilannya.
Go Pro Hero
Hadiah ini adalah sesuai untuk lelaki yang lasak dan gemarkan aktiviti luar. Jika si dia jenis yang suka merakam gambar keluarga, hadiahkan sahaja kamera ‘mirrorless’.