Saturday, February 1, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peningkatan aktiviti gunung berapi dikesan di Santorini

    ATHENS, 31 JAN – Pihak berkuasa Greece mengesan peningkatan aktiviti gunung berapi di pulau pelancongan terkenal, Santorini, sekali gus mendorong menteri perlindungan awam negara itu mengadakan pertemuan dengan pegawai tempatan serta pasukan tindak balas bencana.

    Menurut kementerian itu pada Rabu, sensor pemantauan mencatatkan aktiviti seismik-gunung berapi ringan di kaldera Santorini. Ia serupa dengan kejadian pada 2011 yang berlangsung selama 14 bulan tetapi tidak menimbulkan sebarang masalah.

    Para saintis yang memantau Arca Gunung Berapi Hellenic turut mengesan peningkatan aktiviti pada garis sesar tengah di bahagian utara kaldera Santorini.

    “Menurut saintis, berdasarkan data yang ada pada masa ini tidak ada sebab untuk dibimbangkan,” tambahnya.

    Pulau Santorini, yang berbentuk bulan sabit adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Greece, menarik pengunjung dari seluruh dunia. Pulau itu terkenal dengan rumah bercat putih dan gereja berkubah biru di tebing kaldera, pernah mengalami letusan gunung berapi besar pada Zaman Gangsa sekitar 1620 SM, mengubah landskap pulau itu. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda