LABUAN, 12 OGOS – Penipuan perbankan dalam talian yang mengatasi jenayah kecil lain menjadi antara isu membimbangkan di pulau bebas cukai itu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Faisal Hamdi bin Mohammed Ghouth berkata MCMC akan memperhebat Kempen Internet Selamat bagi memastikan rakyat daripada semua lapisan dilengkapi dengan pengetahuan

