Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum tingkat kemahiran jururawat untuk keselamatan pesakit

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Bidang kejururawatan merupakan kerjaya yang paling dinamik dan mencabar di masa kini dan wajib mengikuti perkembangan semasa demi untuk memberikan perkhidmatan yang dikehendaki masyarakat.

    “Dalam pada itu, perubahan yang berlaku dalam memberikan seimbang dalam perkhidmatan boleh memberikan kesan yang memberi impak kepada perkhidmatan kejururawatan yang mana juga melibatkan dasar.”

    Walau bagaimanapun dengan perancangan yang rapi dan mengambil kira keadaan semasa dengan perkembangan sains perubatan dan kesihatan semasa juga akan memberi kesan kepada proses pemedulian, jelas Yang DiPertua Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU), Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah dalam ucapan alu-aluannya di Forum Kejururawatan, Penjagaan Berpusatkan Pesakit Mengutamakan Keselamatan dan Kualiti, yang berlangsung di Hotel Jeruton, Kampung Jerudong hari ini.

    Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah menyampaikan ucapan alu-aluannya.

    Beliau menekankan bahawa kemahiran jururawat dan bidan semestinya dipertingkatkan melalui latihan yang khusus supaya mutu perkhidmatan dapat diperbaiki.

    Dalam pada itu, tambahnya lagi, profesional jururawat dan bidan juga harus diberikan peningkatan untuk meningkatkan kemahiran bagi memberikan pemedulian yang terbaik serta diselaraskan mengikut garis pandu yang dibenarkan.

    Forum berkenaan mengetengahkan tiga ahli panel iaitu Pegawai Jururawat Tingkat Khas, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Pesakit, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan merangkap Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, Kementerian Kesihatan, Hajah Kamariah binti Haji Abdul Rahman; Jururawat Tingkat Khas, Perkhidmatan Psikiatri Kiarong merangkap Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, Kementerian Kesihatan, Dayang Zanussubhi binti Haji Awang serta Penolong Kaunselor Penjara, Bahagian Perkhidmatan Kaunseling Jabatan Penjara, Ustaz Fariszal Ali.

    Barisan ahli panel forum iaitu Hajah Kamariah (satu dari kiri), Dayang Zainussubhi (dua dari kiri) dan Ustaz Fariszal.
    Hajah Kamariah memberikan penerangan dalam pembentangannya semasa forum berkenaan.
    Dayang Zainussubhi memberikan penerangan dalam pembetangan semasa forum berkenaan.

    Turut hadir pada forum berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Agung PENJURU, Hajah Salmah binti Haji Mohd Noor, ahli-ahli dan ahli jawatankuasa tertinggi PENJURU, jururawat dan bidang yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darssalam.

    Forum bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan diri dan kecekapan jururawat dan bidan dalam menjalankan tugas mereka dan memastikan keselamatan pesakit diutamakan.

    Ia juga bertindak sebagai pusat rujukan, mengukuhkan strategi keselamatan dan mengukuhkan program keselamatan pesakit serta membincangkan amalan proaktif dalam sistem penjagaan kesihatan untuk meningkatkan keselamatan pesakit di hospital dan kemudahan kesihatan lain.

    Antara yang hadir ke forum berkenaan. – GAMBAR- GAMBAR OLEH SIM Y.H
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda