Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peningkatan kes jenayah beri risiko terhadap gelandangan

    LONDON, 22 MAC – Beberapa siri pembunuhan yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini mencetuskan risiko kepada golongan gelandangan di Amerika Syarikat (AS) ketika pandemik COVID melanda, lapor Xinhua.

    Menurut The Guardian Sabtu lalu, terdapat sekurang-kurangnya lima kes gelandangan ditembak seorang lelaki bersenjata sejak dua minggu lalu, dengan seorang dilaporkan terbunuh masing-masing seorang di Washington D.C. dan New York.

    “Walaupun kehidupan semakin sukar buat gelandangan di New York City semasa lonjakan kes COVID, keadaan bertambah “muram” disebabkan insiden itu,” menurut The Guardian.

    Pada Januari lalu jumlah gelandangan di Bandar New York mencecah angka tertinggi iaitu 48,413 termasuk 15,057 kanak-kanak, memetik data sistem perlindungan perbandaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda