Thursday, May 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peningkatan kualiti udang krai, jamin pasaran cemerlang

    WUHAN – Udang krai yang memiliki rasa yang pedas memang menjadi snek hidangan popular yang dinikmati pada waktu malam di musim panas ini di China.

    Namun baru-baru ini, isu mengenai keselamatan untuk memakannya telah dipersoalkan terutama dari aspek sumber penjagaannya dan adakah kitaran makanan yang diberi kepada binatang yang dikategorikan sebagai krustasea itu datang dari sumber yang bersih dan sihat.

    Saintis perikanan seringkali mempersoalkan mengenai tahap keselamatan udang krai yang dijual di pasaran telah diternak di kawasan air yang tidak bersih serta menerima bekalan makanan yang tidak sihat.

    Dari situ, pelanggan juga terus meningkatkan perhatian memandangkan ada di antara udang krai liar yang ditemui membiak dalam ekosistem yang kurang bersih di kawasan pedalaman. Pihak berkuasa di Qianjiang di Wilayah Hubei yang dikenali sebagai kawasan perkampungan udang krai telah berusaha untuk menyingkirkan rasa kebimbangan tersebut dengan mempromosikan ‘kad ID’ pada produk udang krai yang mereka usahakan.

    Dengan melakukan kaedah imbasan kod QR pada sekotak udang krai, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung binatang tersebut yang merangkumi maklumat bagaimana ia diternak dan sumber makanan yang diberikannya.

    Ramai pelanggan sentiasa memastikan kualiti udang krai yang dibeli terjamin kebersihannya dan tidak menjejaskan kesihatan. – Agensi

    Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Qianjiang untuk membina sistem kawalan kualiti pada udang krai.

    Bandar raya tersebut merupakan satu per sepuluh daripada pengeluar udang krai di China.

    Menurut laporan dari Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar pada tahun 2017, China merupakan negara pengeluar udang krai terbesar.

    Jumlah udang krai yang dikeluarkan pada tahun 2007 adalah seberat 265,500 tan dan meningkat kepada 852,300 tan pada tahun 2016.

    Di luar pasaran domestik, udang krai keluaran dari China memang sangat diminati di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

    Pada tahun 2016, China telah mengeksport sebanyak 23,300 tan udang krai yang bernilai AS$259 juta.

    Hampir 40 peratus daripadanya telah dieksport ke AS manakala 90 peratus udang krai yang dimakan di Eropah pula dikatakan berasal dari China.

    Selain kad ID, Qianjiang juga terus berusaha untuk membina sistem pengawasan kualiti secara dalam talian.

    “Sebelum ini kami hanya mengusahakan produk udang krai hanya berdasarkan kepada pengalaman namun kini kami juga telah mula memanfaatkan aspek teknologi,” jelas Dong Guangwen yang menguruskan ladang ternakan seluas 667 hektar di Perkampungan Zhaonao di Qianjiang.

    Pemeriksaan kualiti pada udang krai yang dipasarkan terus giat dilaksanakan demi menjamin tahap keselamatannya. – Agensi
    Udang krai merupakan sejenis snek hidangan popular dan sering menjadi pilihan pada waktu malam semasa musim panas di China. – Agensi

    “Sebagai contoh, anda perlu menambah air ke dalam kolam sewal jam 4.00 pagi kerana jika tidak menambah air, ia boleh mendatangkan risiko kematian pada ternakan udang krai tersebut berikutan daripada masalah kekurangan oksigen,” jelas Dong yang menunjukkan bahagian draf dinamik dipaparkan pada skrin.

    Sistem ini juga dapat digunakan untuk memantau kadar bekalan makanan yang diperlukan oleh ternakan udang krai tersebut pada masa tertentu.

    Selain itu, Qianjiang juga telah menyediakan sebuah pusat ujian kualiti pada tahun 2016 yang berperanan dalam melakukan ujian terhadap hidupan marin air tawar khususnya udang krai.

    “Pada masa lalu, proses pemeriksaan kualiti air di dalam kolam udang krai atau sebarang bakteria di struktur tubuhnya memakan masa selama tiga ke empat hari sebelum keputusan berjaya dirungkai. Namun kini ia hanya memerlukan masa secepat tiga ke empat jam sahaja dan perkara tersebut berjaya direalisasikan atas bantuan peralatan yang canggih,” jelas Li Jiawen.

    Chen Jianlian menjelaskan bahawa Qianjing juga turut mewujudkan kerjasama bersama dengan SF Express yang bermatlamat untuk memasarkan udang krai hidup ke seluruh 300 bandar raya domestik hanya dalam tempoh masa selama 48 jam selepas ia dipesan.

    “Kesegaran udang krai dari Qianjing ini setentunya menjadi keutamaan dan kualiti yang diinginkan demi meningkatkan jumlah pasaran di masa hadapan,” jelas Chen. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/