Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peningkatan suhu laut punca kaedah claire tidak berkesan

    MARENNES – Peningkatan suhu laut disebabkan oleh perubahan iklim telah memaksa penternak tiram di bahagian barat daya Perancis untuk berhenti seketika daripada melakukan proses pematangan musim panas, yang secara tradisonalnya merupakan langkah penting dalam pengeluaran moluska yang sedap ini.

    Mulai tahun ini, pengeluar di Marennes Oleron, teluk tiram terbesar di Perancis, tidak akan lagi dapat merendam tiram dalam bekas tanah liat cetek di paya garam, yang dikenali sebagai claires, semasa musim panas.

    Penternak tiram di kawasan itu secara tradisinya mengekalkan tiram dalam terumbunya untuk beberapa minggu sebelum dijual, proses yang memberikan rasa yang kurang masin dan kurang iodin berbanding jika ia diperolehi secara langsung dari laut, di samping memberikan ia label ‘berkualiti,’ diiktiraf oleh Kategori Penunjuk Geografi Terlindung (PGI) Kesatuan Eropah (EU).

    Tetapi perubahan iklim menjadikan proses tersebut tidak berkesan.

    Para saintis telah menemui jawapan disebabkan oleh penyejatan air yang cepat, kepekatan garam telah menjadi sangat tinggi antara awal Jun dan akhir Ogos, menyebabkan larangan pada bulan tersebut.

    Gambar menunjukkan peti tiram semasa proses pematangannya di sepanjang sungai Seudre. – AFP
    Tiram Marennes Oleron di L’Eguille. – AFP
    Alat penimbang yang digunakan untuk menentukur tiram sebelum proses pembungkusan. – AFP
    Pekerja meletakkan tiram dalam kotak semasa proses pembungkusan di syarikat penternakan tiram. – AFP
    Pekerja sedang mengasingkan tiram sebelum penentukuran dan pembungkusan. – AFP
    Gambar menunjukkan tiram disimpan dalam peti. – AFP

    Pengambilan tiram oleh manusia sebagai makanan bermula beribu-ribu tahun. Ia datang dalam pelbagai rasa dan tekstur bergantung kepada kemasinan air, alkali, kandungan mineral dan nutrisi.

    “Kami terpaksa menerima perubahan itu,” kata Henry Schaller, seorang penternak tempatan yang menggunakan kaedah claire yang terkenal di kawasan tiram Marennes Oleron.

    Tetapi lelaki berusia 37 tahun yang terlibat dalam perniagaan sejak 2010, berkata beliau sudah mengurangkan pematangan pada musim panas sebelum adanya peraturan baharu itu. “Tiram telah menjadi terlalu masin,” katanya. “Kami mempunyai produk yang berkualiti rendah.”

    Suhu air di dalam terumbu tiram, kini boleh mencapai 35 Celsius (C) pada bulan-bulan musim panas, di atas zon selesa yang sepatutnya hanya 32C untuk tiram.

    Itu menjadikan ia paling awal terjejas perubahan iklim berbanding mamalia laut atau ikan, kata Fabrice Pernet, seorang saintis di pusat penyelidikan lautan Ifremer.

    Pengeluar di Marennes Oleron menjual sehingga 60,000 tan tiram setiap tahun, di mana 17,000 tan merupakan jenis tiram yang ‘berkualiti’.

    Peningkatan suhu laut pada bulan Julai tahun lalu mencatat rekod dunia baharu pada 20.96C, membuat tiram lebih rentan terhadap penyakit dan terdedah kepada peningkatan asid di dalam air.

    “Kami perasan, disebabkan iklim yang berubah, pematangan tiram tidak boleh dilakukan dengan cara yang sama lagi,” kata Laurent Chiron, seorang penternak tiram dan presiden persatuan GQHMO yang memberikan label kualiti industri.

    Menurut peraturan baharu, penternak digalakkan untuk melangkaui kaedah tradisional musim panas dan sejuk untuk pematangan terumbu tiram dan mengamalkan pendekatan yang lebih fleksibel.

    Philippe Morandeau, presiden jawatankuasa industri tiram di Poitou-Charentes termasuk Charente-Maritime, berkata kesan ke atas angka jualan tiram adalah kecil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda