Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penipu didakwa tuntut insurans pakai kostum beruang

    LOS ANGELES, 14 NOV – Empat individu yang didakwa menyamar dengan memakai kostum beruang dan merosakkan kereta mewah milik mereka sendiri bagi tujuan penipuan insurans telah ditahan di California, Amerika Syarikat semalam.

    Insiden itu menimbulkan kecurigaan apabila tuntutan insurans dibuat atas kerosakan tempat duduk dan pintu pada sebuah sebuah kereta mewah bernilai ratusan ribu dolar, Rolls-Royce Ghost.

    Pihak yang membuat tuntutan mendakwa seekor beruang telah memasuki kenderaan tersebut ketika ia diparkir di Lake Arrowhead, kawasan pergunungan di luar Los Angeles, dan mengakibatkan kerosakan serius pada bahagian dalamnya.

    Bagi menyokong tuntutan tersebut, mereka mengemukakan gambar kerosakan serta rakaman kamera keselamatan yang dikatakan menunjukkan haiwan itu berada di dalam kenderaan.

    Namun, pihak syarikat insurans mengesyaki sesuatu yang mencurigakan dan segera merujuk kes tersebut kepada penyiasat penipuan insurans.

    “Selepas penyiasatan lanjut terhadap rakaman video, kami mendapati bahawa ‘beruang’ tersebut sebenarnya adalah seorang individu yang memakai kostum beruang,” menurut kenyataan Jabatan Insurans California. – AFP

    Gambar Citizen Digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda