Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjaga gol Chelsea sertai Bournemouth

    LONDON, 31 Mei – Bournemouth telah menandatangani penjaga gol Bosnia, Asmir Begovic dari juara Liga Perdana, Chelsea dengan perjanjian dilaporkan bernilai 10 juta pound (AS$12 juta).

    Begovic telah menghabiskan dua tahun bersama Chelsea sebagai penjaga gol kedua di belakang Thibaut Courtois dan meninggalkan Stamford Bridge untuk mendapatkan peluang bermain dalam kesebelasan utama.

    Pemain berusia 29 tahun itu kemungkinan besar mendapat hasratnya dalam skuad Eddi Howie selepas menandatangani kontrak jangka masa panjang.

    Ia akan menjadi kali kedua Begovic ke Bournemouth kerana sebelum ini dia telah membuat lapan penampilan bagi kelab itu ketika dalam pinjaman dari Portsmouth pada tahun 2007.

    “Bournemouth adalah sebuah kelab yang menarik dan bercita-cita tinggi, yang mempunyai semuanya untuk masa depan yang cerah,” kata Begovic dalam laman sesawang kelab itu.

    “Menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi Liga Perdana di Chelsea adalah luar biasa tetapi saya fikir sudah tiba masanya saya pergi kerana saya mahu bermain dalam kesebelasan utama.

    “Saya sudah memasuki bahagian penting dalam kerjaya saya dan saya mahu menunjukkan kepada semua orang mengenai kemampuan saya.

    “Ketika saya bercakap dengan Eddie Howie, saya tahu Bournemouth adalah kelab yang tepat untuk saya dan saya mahu membawa pengalaman saya kepada skuad, keduanya di dalam dan luar padang.”

    Begovic, telah menyertai Chelsea dari Stoke pada tahun 2015, telah memenangi 56 kap bersama Bosnia dan telah membuat penampilan dalam Piala Dunia 2014.

    Dia telah membuat 33 kemunuculan bersama Chelsea, termasuk lapan kemunculan bagi pasukan Antonio Conte musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda