Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjaga zoo cedera parah dibaham singa

    SYDNEY, 29 MEI – Dua ekor singa hari ini membaham dan mencederakan seorang penjaga zoo dalam kurungan mereka di zoo tertutup Australia.

    Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Zoo Shoalhaven di utara Sydney pada pagi ini apabila seorang wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan serius di kepala dan leher, menurut kenyataan polis dan ambulans. Beliau dibawa ke hospital di Sydney dengan kapal terbang dan masih berada dalam keadaan kritikal.

    Zoo itu ditutup kepada orang awam disebabkan pandemik koronavirus.

    Pegawai ambulans Faye Stockman menyifatkan serangan sebagai ‘amat menyedihkan,’ menambah adalah menakutkan untuk menjadi orang pertama yang berjalan masuk ke dalam kurungan untuk merawat penjaga zoo.

    “Ia adalah salah satu pekerjaan paling teruk yang pernah saya alami,” kata Stockman dalam satu kenyataan.

    Superintenden Detektif Polis Greg Moore berkata dua ekor singa jantan berjaya ditangkap sejurus selepas kejadian dan tidak menimbulkan ancaman.

    Beliau berkata masih terlalu awal dalam siasatan untuk berkata sama ada singa tersebut akan dibunuh.

    Seorang lagi penjaga zoo mengalami kecederaan tangan di zoo yang sama pada 2014 apabila seekor buaya mengheretnya ke dalam air semasa satu pertunjukan memberi makanan. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda