Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjagaan baik boleh selamatkan 45 anak damit

    LONDON, 19 OKT – Seramai 45 anak damit yang meninggal dunia di dua hospital Britain mungkin terselamat jika penjagaan mereka dilakukan dengan lebih baik, kata pengarang penyiasatan bebas terhadap perkhidmatan bersalin yang teruk, sambil menambah penemuan laporannya adalah tegas dan mengejutkan.

    Laporan Bill Kirkup mendapati bahawa “seandainya penjagaan diberikan kepada piawaian yang diiktiraf secara nasional, hasilnya mungkin berbeza dalam 45 daripada 65 kematian anak damit” yang diperiksa.

    Beliau memberitahu pemberita terdapat “kegagalan profesionalisme belas kasihan dan kebaikan” di East Kent Hospitals NHS Trust.

    “Wanita tidak dihiraukan, mereka tidak diendahkan dan itu membawa kepada kemudaratan” termasuk kematian anak damit, katanya.

    Tujuh tahun lalu doktor itu menerbitkan penemuan serupa selepas menyiasat kematian anak damit di beberapa hospital lain di England, berkata pengajaran itu tidak dipelajari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda