Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjagaan joran dan reel yang mudah

    Joran dan reel atau dikenali sebagai spinning adalah alat yang perlu dirawat dengan baik jika menginginkan ketahanannya yang lebih lama.

    Jika kita merawat dengan baik pemakaiannya dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama dan dapat digunakan secara berterusan. Jika kita mengabaikan perawatannya maka akan menimbulkan masalah ketika memancing, kerana reel tidak berfungsi.

    Cara merawat joran pancing yang betul

    Joran pancing merupakan alat utama dalam kegiatan memancing yang memerlukan perawatan yang tepat, akan tetapi banyak orang mengabaikannya, sehingga sering mendapat gangguan ketika memancing. Terdapat beberapa tip untuk penjagaan joran yang betul.

    Penyimpanan joran pancing

    Selepas anda melakukan aktiviti memancing, pastikan joran anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum menyimpannya. Setelah itu simpan joran pancing anda dalam rak dengan kedudukan berbaris, dan pastikan juga joran pancing anda dalam kedudukan lurus tidak berlipat.

    Rak yang diguna adalah rak yang khusus untuk menyimpan joran, sama ada dibeli yang siap sedia di kedai pancing atau secara memesan ke tukang kayu dengan design yang dimahukan supaya joran pancing dapat disusun secara vertikal mahupun horizontal.

    Tips cara membersihkan joran pancing

    Membersihkan joran pancing secara teratur adalah suatu keharusan dalam pemeliharaan alat-alat pancing. Terdapat beberapa tip dan cara  khusus untuk membersihkan bagian joran yang tidak boleh dilakukan secara tidak menentu.

    Gosok seluruh permukaan joran dengan kain basah dengan hati-hati, terutama bahagian reel. Pastikan lapisan pada joran pancing masih tebal terutama pada bahagian sambungan joran. Jikalau lapisannya sudah menipis atau sudah hilang segera lapisi dengan epoxy.

    Jangan gunakan beban (batu umpan) lebih atau kurang dari label yang tertera di batang joran tersebut, terutama untuk berat umpan yang akan dilemparkan. Pemilihan joran ketika memancing juga penting kerana penggunaan joran selain dari keperluan memancing, contoh untuk menolak beban atau menarik sesuatu, boleh mengakibatkan joran retak.

    Menjaga dan merawat reel atau spinning

    Reel atau spinning memerlukan perawatan khusus karena mereka memiliki begitu banyak bahagian yang mudah berkarat. Untuk menjaga ketahanan reel, anda perlu mencuci setiap reel selepas digunakan, terutama setelah digunakan memancing di air kotor atau air masin (laut). Menggosok dengan air hangat dan sapukan secara perlahan adalah cara terbaik untuk menghilangkan garam dan kotoran. Setelah reel itu kering, semburkan dengan WD-40 untuk melindungi bagian logam.

    Memberi minyak pelincir pada reel

    Untuk memiliki reel yang tahan lama, anda harus memberikan selalu minyak pelincir pada beberapa komponen reel, jika digunakan kembali, lapisan minyak tersebut akan melindungi reel anda dari pasir dan air masin. Komponen reel yang sangat memerlukan pelincir secara berkala adalah, bahagian rotor, gear, dan semua komponen yang bertugas sebagai penggerak, termasuk pangkal pegangan tangan.

    Perawatan yang tepat untuk reel

    Pancing yang rosak dan menipis  kerana penggunaannya bukan kerana jatuh atau sebagainya, berikut adalah beberapa tip perawatan yang tepat. Lepaskan semua komponen yang sudah berumur seperti pada pegangan senar, dan harus diganti dengan segera kerana ini akan merosakkan senar sehingga membuatnya mudah putus.

    Justeru dengan adanya tip dan cara penjagaan yang telah dijelaskan dapat membantu dan menambah ilmu dalam penjagaan alat-alat pancing yang betul. Dalam hal ini juga, dapat membantu untuk mendapat alat pancing bertahan lama dan digunakan secara berterusan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda