Sunday, June 30, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Penjaja diarah roboh pondok gerai tanpa kebenaran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya sedang meningkatkan usaha penguatkuasaan dengan mengarahkan pemilik dan penjaja membuka atau meroboh pondok gerai yang dibina tanpa kebenaran di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan yang juga mencerobohi kawasan simpanan jalan raya.

    Kementerian Pembangunan dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, rondaan pihak penguatkuasa telah mendapati sebahagian daripada pemilik dan penjaja telah akur dengan arahan tersebut dan telah mula membuka atau merobohkan gerai mereka 24 Jun lalu.

    Menjalankan apa jua perniagaan di atas tanah RPN adalah tidak dibenarkan apatah lagi dengan gerai-gerai makanan yang dibina sehingga keluar garisan sempadan rumah dan mencerobohi kawasan simpanan jalan raya yang mana boleh menjejaskan keselamatan dan kebersihan kawasan.

    Di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, mendirikan apa jua struktur di atas jalan atau rizab jalan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan kegagalan untuk mematuhi arahan membuka atau meroboh struktur berkenaan boleh didenda sebanyak $2,000.

    Ketua Pengarah Kerja Raya mempunyai kuasa untuk membuka atau meroboh struktur-struktur atau gerai berkenaan dan boleh menuntut kembali kos meroboh daripada pemilik struktur-struktur atau gerai tersebut.

    Kementerian tersebut menegaskan kepada pemilik rumah RPN dan para penjaja gerai supaya beroperasi secara sah di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan bukannya sewenang-wenangnya.

    Pondok gerai yang telah dibuka atau dirobohkan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...