Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Kemeriahan dan kehangatan sambutan Hari Kebangsaan ke-41 bagi tahun 2025 tidak hanya dapat dilihat dan dirasai pada acara perbarisan yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini. Malah kemeriahan dan semangat patriotik serta rasa teruja orang ramai dapat dilihat pada segenap lapisan

