Penjajahan: Algeria mahu Perancis minta maaf

PARIS, 5 JULAI – Algeria sedang menunggu kenyataan maaf atas pendudukan jajahan Perancis di negara Afrika Utara itu, kata presiden, meluahkan harapan Emmanuel Macron akan berusaha untuk membaiki percubaan berdamai oleh negara tersebut.

Satu pemeriksaan semula tentang warisan dasar penjajahan telah dilancarkan pada Mei dalam pembunuhan warga Afrika Amerika George Floyd oleh seorang pegawai polis kulit putih, yang mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh dunia.

“Kami telah pun menerima sebahagian kenyataan maaf. Langkah seterusnya diperlukan, kami sedang menunggunya,” kata Presiden Abdelmadjid Tebboune semalam dalam satu temu bual dengan saluran berita France 24.

“Saya percaya dengan Presiden Macron, kami boleh maju lagi dalam proses perdamaian..beliau ialah seorang pemimpin jujur, yang mahu memperbaiki keadaan.”
Dalam apa yang dilihat sebagai pemulihan hubungan, Algeria pada Jumaat menerima tengkorak 24 pejuang tentangan yang dipenggal kepala semasa tempoh penjajahan.

Tengkorak berkenan akan dikebumikan di kawasan perkuburan ibu negara El Alia hari ini – ulang tahun ke-58 kemerdekaan Algeria – menurut laporan media.

Tebboune berkata satu kenyataan maaf dari Perancis akan ‘membolehkannya meredakan ketegangan dan mewujudkan suasana lebih tenang untuk hubungan ekonomi dan kebudayaan,’ terutamanya untuk enam juta penduduk Algeria yang menetap di Perancis. – AFP