Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara 16 bulan curi kabel bumi

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seorang lelaki yang baharu keluar dari penjara April lalu, sekali lagi menjadi penghuni di sebalik tirau besi apabil dijatuhi hukuman 16 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, kelmarin, selepas mengaku bersalah mencuri kabel bumi.

    Hukuman terhadap Azri bin Haji Husain diputuskan Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim yang berkata, perbuatan tertuduh mencuri harta benda milik kerajaan adalah satu kesalahan serius. Dalam kejadian pada 27 Ogos 2019, beberapa kabel didapati hilang dari Stesen Kuasa Berangan, Bangunan Adat Istiadat manakala mesin penjana kuasa pula didapati rosak oleh pekerja Jabatan Adat Istiadat yang ketika itu membuat rutin pemeriksaan.

    Pekerja itu kemudian memaklumkannya kepada pegawainya, dan mereka berdua pergi ke tempat itu untuk membuat pemeriksaan.

    Setiba di tempat itu, mereka terdengar bunyi dari arah stesen kuasa dan pergi untuk memeriksanya, dan menemukan sepasang kasut dan beg. Sebaik keluar, mereka ternampak tertuduh cuba bersembunyi di dalam semak.

    Mereka menjerit tetapi tertuduh terus melarikan diri. Pegawai itu kemudian masuk semula ke dalam stesen berkenaan dan mendapati tertuduh bersembunyi di dalamnya. Tertuduh sekali lagi melarikan diri namun berjaya dikejar pegawai tersebut dan beberapa orang pekerja. Pihak pendakwa memaklumkam mahkamah siasatan polis mendapati tertuduh tidak bertindak seorang diri tetapi bersama rakannya yang sehingga ini masih bebas.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda