LONDON, 8 Nov – Seorang lelaki Britain dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah membunuh anak angkatnya yang berusia 18 bulan.
Matthew Scully-Hicks dilaporkan menggegar dengan kuat, selain memukul kepala Elsie Scully-Hicks sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada Mei 2016 akibat retak di bahagian kepala.
Kanak-kanak itu berada dalam jagaan tertuduh dan isterinya, seorang jurulatih kecergasan selama lapan bulan.
“Elsie, seorang kanak-kanak yang lemah dan tidak mampu mempertahankan diri, baru berusia 18 bulan ketika kamu membunuhnya.
“Malah, tiada rasa penyesalan ditunjukkan atas perbuatan itu,” kata Hakim, Nicola Davies ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Cardiff, semalam.
Mangsa dilaporkan turut mengalami lebam, patah kaki dan jatuh beberapa anak tangga ketika berada dalam jagaan pasangan terbabit. – AFP