Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara 4 bulan kerana curi coklat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mencuri dari sebuah kedai pada Sabtu lalu.

    Majistret Syaffina binti Shahif mendengar hujahan daripada Pendakwa Nurul Husna Haji Abidin bahawa defendan, Rahman bin Tuah pada masa kejadian 15 Februari telah menghantar anak-anaknya ke sekolah agama pada pukul 1 tengah hari.

    Dia kemudian pergi ke kedai serbaneka di Kiarong untuk membeli minuman.

    Semasa memasuki kedai tersebut, dia melihat susunan coklat dan berubah fikiran dengan mencuri 14 coklat bernilai keseluruhannya $81.20 dan menyembunyikannya di dalam poket seluarnya lalu beredar.

    Dia kemudiannya ke kawasan kejiranannya menjual coklat itu dengan harga $1 setiap satu.
    Dia kemudian membelanjakan $14 itu untuk keperluan peribadinya.

    Sementara itu, seorang pembantu jualan di kedai tersebut yang baru menyusun gula-gula coklat sebelum defendan mencurinya, menyedari bahawa satu bungkusan besar coklat telah hilang sejak kali terakhir dia menyusunnya.

    Setelah kakitangan dan pemilik kedai memeriksa rakaman CCTV yang menunjukkan perbuatan defendan, laporan polis segera dibuat hingga membawa kepada penahanan defendan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda