Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara atau melayang hampir $600,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang lelaki tempatan membayar denda $598,400 kerana memiliki sejumlah besar rokok seludup.

    Rahmani bin Abdullah Johari, 22, perlu menjalani hukuman penjara 36 bulan jika gagal membayar selepas dia mengaku bersalah memiliki 754 karton rokok pelbagai jenama secara haram.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan Majistret Syaffina binti Shahif bahawa defendan didapati membawa rokok seludup itu dalam sebuah bot di perairan Brunei di Kampung Sungai Bunga ketika didatangi sepasukan anggota kastam dan polis marin pada 7:55 malam, 17 Ogos 2021.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda