Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara awasi Diddy dengan ketat, elak bunuh diri

    Susulan ditahan di penjara atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual, P. Diddy diletakkan dalam pengawasan ketat di Pusat Tahanan Metropolitan (MDS) di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS).

    People melaporkan pengawasan itu dilakukan sebagai tindakan pencegahan kerana bimbang dengan keadaan Diddy yang berpotensi mengambil nyawanya sendiri selepas keadaan mentalnya tidak stabil akibat kes tersebut.

    Menurut Institut Jabatan Kehakiman AS, pengawasan itu dilakukan bagi tertuduh yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan perlu diberikan lebih perhatian.

    Sewaktu perbicaraan di mahkamah, peguam yang mewakili Diddy iaitu Marc Agnifilo memohon agar hakim memindahkannya ke penjara di Essex Country di New Jersey, namun keputusan itu diserahkan kepada Biro Penjara.

    MDC menempatkan seramai 1,600 banduan yang kebanyakannya sedang menunggu untuk dibicarakan. Penjara itu dikenali sebagai tempat berbahaya kerana kekurangan pekerja pemantauan dengan jumlah kematian dan bunuh diri yang tinggi.

    Sebelum itu, Marc memohon agar Diddy diberikan ikat jamin dan menulis usul menyatakan beberapa mahkamah di daerah berkenaan telah mengiktiraf bahawa syarat di MDC tidak sesuai untuk tahanan yang sedang menunggu perbicaraan.

    Pada 16 September lalu, P. Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat. – Agensi

    P. Diddy diberikan pemerhatian pengawasan bunuh diri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda