Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara di Filipina ‘sangat sesak’

    MANILA, 22 JUN – Penjara di seluruh Filipina “sangat sesak,” menurut laporan kerajaan baru-baru ini, menyatakan bahawa kira-kira 67 peratus daripada kemudahan penjara negara itu sesak, dengan kadar penghunian tertinggi mencecah 2,739 peratus.

    Laporan yang dikeluarkan kelmarin oleh Suruhanjaya Pengauditan Filipina itu menunjukkan bahawa sejumlah 127,031 orang yang dilucutkan kebebasan (PDL) berada di 478 kemudahan penjara di negara itu setakat Disember lalu, melebihi jumlah kapasiti ideal 46,702.

    Daripada 478 buah penjara, 323 kemudahan “sangat sesak dengan kadar penghunian antara 101 hingga 2,739 peratus,” menurut laporan itu.

    “Tanah di mana beberapa bangunan penjara dibina mempunyai ruang yang terhad. Oleh itu, pembinaan dan pembesaran penjara sedia ada tidak dapat dilakukan,” tambah laporan itu.

    Laporan itu mengaitkan kadar lebihan penghunian penjara disebabkan peningkatan bilangan banduan, keputusan mengenai kes yang belum selesai, dan penangguhan perbicaraan, antara lain.

    Daripada jumlah PDL yang ditahan di penjara, seramai 113,686, atau 89 peratus, sedang menunggu atau menjalani perbicaraan atau penghakiman akhir, menurut laporan itu.

    Faktor lain bagi kadar adalah beberapa tahanan miskin yang layak untuk kebebasan sementara kekal dipenjarakan kerana tidak mampu membayar ikat jamin, tambahnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda