Penjara dipenuhi penagih dadah

PHNOM PENH, 13 MEI – Penjara Kemboja dipenuhi pesalah dadah selepas tindakan keras ke atas penagih, kata kumpulan hak asasi hari ini, mengeluarkan rakaman luar biasa puluhan banduan yang bersesak-sesak dalam sel sangat panas.

Kerajaan telah mengambil pendirian tegas terhadap dadah beberapa tahun kebelakangan ketika penyeludup menggunakan negara itu sebagai transit dadah heroin dan methamphetamine dan ketagihan domestik yang meningkat.

Suspek dadah ditangkap di kejiranan miskin, menurut laporan Amnesty International, yang membawa jumlah penghuni penjara yang padat. – AFP