Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Seorang wanita warga Vietnam yang mengaku bersalah kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran dijatuhi hukuman dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman terhadap Nguyen Thi Minh, 24, dijatuhi Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar.
Tertuduh diberkas anggota polis dari Unit Penumpasan Maksiat di bilik hotel jam 3:15 petang pada 16 September 2019 di mana pihak polis menemukan wang dan barangan berkaitan aktiviti pelacuran.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris yang turut memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh berada di Negara ini menggunakan pas melawat.