Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman lima bulan penjara dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki warga Indonesia atas tuduhan tinggal melebihi masa di negara ini.
Hukuman dijatuhkan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman terhadap Mohammad Samudji, 39, yang mengaku bersalah kerana tinggal selama 2,513 hari setelah pas kerjanya mansuh.
Tertuduh diberkas dalam Operasi Cantas JIPK 05 di bilik sewa di Kampung Pasai pada 17 Januari 2018.
Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas.