Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara sesak, lebih 1,000 banduan di UK dijangka bebas awal

    LONDON, 22 OKT – United Kingdom (UK) hari ini akan membebaskan lebih awal kumpulan kedua terdiri daripada 1,000 banduan ketika kerajaan melancarkan semakan terhadap hukuman untuk mengurangkan kesesakan kronik dalam penjara.

    Dasar kontroversi itu menyaksikan 1,700 banduan dibebaskan awal bulan lalu.

    Setiausaha Kehakiman, Shabana Mahmood berjanji bahawa kesilapan terdahulu yang menyebabkan 37 banduan yang tidak layak dibebaskan secara tidak sengaja kini telah diperbetulkan.

    Semakan itu akan mempertimbangkan pilihan untuk hukuman bukan tahanan yang lebih ketat bagi beberapa penjenayah yang disabitkan untuk memastikan ruang penjara tersedia bagi menanpung pesalah berbahaya.

    Antara pilihan yang dipertimbangkan termasuk teknologi nudge – jam tangan atau aplikasi untuk menggalakkan pematuhan dengan syarat dikenakan ke atas pesalah – serta perintah berkurung di rumah.

    Skim pembebasan awal ini telah menyaksikan beberapa pesalah yang tidak ganas, yang telah mematuhi syarat tertentu dibebaskan selepas menjalani 40 peratus daripada hukuman mereka dan bukannya 50 peratus seperti yang ditetapkan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda