Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara terbesar Filipina anjur pengebumian 70 banduan

    MANILA, 2 DIS – Mayat 70 banduan dari penjara terbesar Filipina dikebumikan dalam satu pengebumian beramai-ramai, beberapa minggu selepas mayat mereka yang reput ditemui di rumah pengebumian Manila.

    Mereka adalah antara 176 mayat yang ditemui polis semasa siasatan kes kematian seorang banduan, yang dituduh terbabit dalam pembunuhan seorang wartawan pada awal Oktober lalu.

    “Kebanyakan kematian adalah disebabkan ‘punca semula jadi’, kata Pemangku Pengarah Biro Pembetulan untuk Perkhidmatan Kesihatan dan Kebajikan, Cecilia Villanueva.

    Antara banduan berkenaan adalah seorang warga Jepun.

    Villanueva berkata 127 daripada 140 mayat yang dikebumikan setakat ini reput teruk dan tidak dapat dibedah siasat lagi.

    Mayat mula bertimbun di rumah pengebumian pada Disember 2021 selepas keluarga mereka – kebanyakannya miskin – tidak menuntutnya.

    Villanueva menyalahkan ‘kekangan’ atas kegagalan kakitangan Biro Pembetulan memastikan banduan diberi pengebumian tepat pada masanya.

    “Pengebumian beramai-ramai hari ini adalah yang terbesar pernah dilakukan oleh Biro Pembetulan, katanya kepada pemberita.

    Banduan kelihatan membantu membawa 70 keranda papan lapis ke tempat persemadian – kubur konkrit di tanah perkuburan di dalam kompleks penjara. – AFP

    Banduan membawa keranda semasa pengebumian beramai-ramai 70 mayat banduan yang tidak dituntut di Tanah Perkuburan Penjara Bilibid Baharu di Muntinlupa, Manila pada 2 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda